Kelab rekreasi warga kerja Menteri Besar Incorporated (MB Inc. Perak ), Cresters menganjurkan Program Singgah Sahur di beberapa lokasi sekitar Meru dan Ipoh.
Program ini bermula jam 10 malam sehingga 2 pagi dan aktivit yang bakal dilakukan ialah menziarahi serta menyumbang makanan kepada golongan gelandangan dan petugas barisan hadapan.
Antara lokasi Program Singgah Sahur ialah Gelandangan Sekitar Ipoh, Balai Polis Pekan Baru, Balai Bomba Ipoh, Hospital Besar Ipoh, Balai Polis Meru, Balai Bomba Meru, Balai Polis Jelapang, Balai Polis Chemor, Balai Polis Manjoi dan Balai Polis Jelapang.
Turut hadir menjayakan program tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin, Pengurusan Kanan MB. Inc Perak dan seluruh warga kerja MB Inc.
Anjuran program ini bertujuan untuk menghulurkan bantuan terhadap golongan yang memerlukan, mewujudkan semangat prihatin dan bertanggungjawab dalam masyarakat selain tanda berterima kasih dan prihatin kepada petugas barisan hadapan dengan beramah mesra, serta bersahur bersama untuk mengukuhkan lagi silaturahim sesama warga Cresters dan komuniti setempat.
Syabas diucapkan kepada warga Cresters kerana bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.
Semoga program ini dapat meningkatkan semangat warga kerja Cresters untuk menganjur lebih banyak program yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat setempat.