Sekitar Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Peringat Negeri Perak Siri 3 Tahun 2023 yang telah berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, hari ini.
YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad hadir bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; serta barisan Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan.
Turut hadir mewakili Menteri Besar Incorporated (Perak), Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam Abd Manan.
Pada siri kali ini, kerajaan Negeri terus komited dan sendiri telah turun padang mendengar permasalahan dari akar umbi agar solusi dapat diberikan dengan lebih efisien khususnya kepada rakyat negeri Perak.
Dalam majlis sama, YAB Menteri Besar Perak turut merasmikan pelancaran (Lenggong Beef) Daging Lembu Segar Tempatan dan dimeriahkan lagi dengan jualan istimewa potongan harga daging lembu sehingga 50 peratus kepada orang ramai yang hadir pada majlis tersebut.
Pihak MB Inc. merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak kerana terus menganjurkan program seumpama ini demi kesejahteraan seluruh rakyat negeri Perak.