Dalam meraikan bulan Ramadan, Menteri Besar Incorporated (Perak) (MB Inc.) telah menganjurkan Majlis Iftar di Weil Hotel bersama dengan agensi-agensi di negeri Perak.
Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran YBrs. Puan Halizah binti Sipun , Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) merangkap Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), barisan wakil-wakil agensi.
Ini termasuklah daripada Pejabat Tanah & Galian (PTG) , Jabatan Mineral dan Geosains , Jabatan Hutan , Jabatan Alam Sekitar, PLAN Malaysia, UPEN, Institut Darul Ridzuan (IDR), Jabatan Kastam Lumut, Jabatan Kastam Ipoh dan Jabatan Laut.
Turut serta dalam majlis itu ialah Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam Abd Manan, pengurusan kanan serta seluruh warga kerja MB Inc.
Majlis seumpama ini adalah medium untuk merapatkan tali persaudaraan dalam kalangan warga MB Inc. dan Agensi.
Semoga komitmen dan kerjasama yang telah terjalin di antara warga MB Inc. dan Agensi -agensi selama ini akan terus diperkukuhkan demi manfaat bersama secara amnya dan negeri Perak secara khususnya.