Seusai program gotong royong memasak bubur lambuk, diteruskan lagi dengan program edaran bubur lambuk di sekitar kawasan pekan Ipoh.
Program tersebut telah diserikan lagi dengan penglibatan YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad turun padang berkongsi rezeki mengedarkan bubur lambuk di sekitar Flat Ashby Road, Ipoh.
Turut terlibat sama, Wakil- wakil Jabatan dan Agensi Kerajaan; Barisan Ketua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Perak; serta Persatuan Pengakap Malaysia Negeri Perak (PPM Perak).
Dalam pada itu, YAB Menteri Besar turut melawat dan beramah mesra dengan peniaga kecil, warga Flat Ashby Road, serta anak-anak Sekolah Rendah Agama Al-Islah Addiniah.
MB Inc. berharap agar program ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan semangat perpaduan antara pegawai-pegawai kerajaan Negeri dan masyarakat, menerapkan nilai murni dan secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim sesama masyarakat bersempena bulan ramadan yang mulia ini.