Sekitar Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk anjuran Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Perak, dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak (PPM Perak) di Laman Seri Ridzuan, Ipoh.
Program ini bermula seawal jam 8:30 pagi dengan agenda taklimat ringkas daripada (Jawatan) Tuan Haji Azizul Azhar Abdul Rahman kepada para peserta gotong royong, seterusnya taklimat penyediaan bahan mentah bubur lambuk daripada wakil pihak Kolej Komuniti Teluk Intan.
Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Encik Mohamad Hamidi Baharuddin; Barisan Wakil daripada Agensi/ Jabatan Kerajaan Negeri; serta Barisan Wakil Warga Kerja MB Inc. yang turut sama membantu dalam program ini.
Dalam pada itu, program gotong royong memasak bubur lambuk ini telah berjaya menghasilkan lebih 8,000 bekas bubur lambuk untuk diagihkan di Bazar Ramadan, Masjid-masjid, serta penempatan golongan asnaf di sekitar kawasan pekan Ipoh.
Tidak ketinggalan , MB Inc. melalui Kelab Rekreasi Warga Kerja Menteri Besar Incorporated Perak (Cresters) turut berkongsi rezeki dengan mengedarkan 300 bekas bubur lambuk kepada pelbagai agensi antaranya Invest Perak, HRD Corp., serta seluruh warga kerja di PTTC.