Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan mencemar duli ke Majlis Perasmian Masjid & Berbuka Puasa di Masjid Al-Ikhwan di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim
Keberangkatan tiba baginda disambut YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar, Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri (JAIPK), Harith Fadzilah Abdul Halim.
Turut bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Orang Besar Perak, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan & Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri Perak.
Dalam program itu, DYMM Tuanku turut berkenan menunaikan solat sunat terawih bersama jemaah Masjid Al-Ikhwan.
Semoga dengan adanya majlis berbuka puasa ini, ukhwah dan silaturahim semua warga Perak dapat diperkukuhkan dan program mengimarahkan masjid dapat diperhebatkan di bulan mulia ini.