Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Perak.
Menjunjung kasih di atas limpah perkenan DYMM Tuanku atas jemputan ke acara tahunan Majlis Berbuka Puasa ini.
Turut mendoakan semoga Paduka Seri Baginda Tuanku dilanjutkan usia dan senantiasa berada dalam limpahan rahmat dan maghfirah Allah SWT.
Dalam majlis tersebut, Tuanku Sultan Perak turut berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada syarikat korporat dan agensi di negeri Perak.
Majlis tersebut dihadiri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Orang Besar Perak, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri, dan Barisan Ketua Jabatan Negeri Perak.
Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.