Menteri Besar Incorporated (Perak) telah meraikan rakan-rakan media dan agensi menerusi tayangan perdana filem Shazam ! Fury of The Gods di GSC Cinema Ipoh Parade.
Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam Abd Manan; serta barisan wakil agensi/ jabatan yang terdiri daripada Unit Perancangan Ekonomi Perak (UPEN), Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), dan Pejabat Menteri Besar Perak (MBO).
Objektif utama majlis pada malam ini adalah bagi meraikan rakan-rakan media yang selama ini telah memberikan kerjasama dalam membuat liputan di dalam negara, khususnya di negeri Perak.
Pada masa sama, majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan media yang telah banyak memberikan publisiti selain sebagai medium untuk kesemua pihak yang terlibat saling mengenali dan beramah mesra.
Pihak MB Inc. berharap agar majlis ini dapat menjadi platform penghargaan buat seluruh rakan media negeri Perak untuk terus komited dalam menjaga kepentingan sebaran maklumat kepada masyarakat di seluruh pelusuk tanah air.
Setinggi-tinggi tahniah buat semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.