Sekitar Perlawanan Persahabatan Boling di antara Menteri Besar Incorporated (Perak) dan Kelab Sukan dan Rekreasi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak (KESDAR) telah diadakan di Ipoh Bowl Kinta City baru-baru ini.
Sebelum ini beberapa siri perlawanan persahabatan bersama pihak KESDAR telah dipertandingkan iaitu, Ping-Pong, Bola Jaring, Bola Tampar, Takraw, Bola Sepak, dan Badminton. Kesemua sukan-sukan tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan baik sekaligus sedikit sebanyak telah dapat merapatkan lagi hubungan sesama kedua belah pihak.
Pihak MB Inc. merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh pemain yang terlibat sepanjang menjayakan perlawanan persahabatan ini khususnya pihak KESDAR.
Semoga kerjasama yang sedia terjalin ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan lagi di masa depan.