Menteri Besar Incorporated ( Perak) melalui Unit Polis Bantuan telah mengadakan “ Ujian Kemahiran Menembak Polis Bantuan MB Inc.” di Lapang Sasar PDRM Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Jalan Padang Tembak, Ipoh.
Program ini bertujuan untuk menambah kemahiran dan kecekapan Polis Bantuan MB Inc. dalam mengendalikan senjata api.
Seramai lima orang anggota Polis Bantuan MB Inc. menyertai ujian tersebut.
Program tersebut mendapat kerjasama penuh dari pihak PDRM melalui Bahagian Persenjataan/Unit Pemusnah Bom yang diketuai oleh Insp. Mohammad Yusri Bin Md Yusof dan dibantu oleh lima orang jurulatih dari unit berkenaan.
Pihak MB Inc merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak PDRM dan APM (Pasukan Medik) atas kerjasama yang diberi bagi menjayakan program tersebut.