Sambutan Hari Air Sedunia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.
Turut hadir YB Tuan Nik Nazmi , Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim dan YB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Exco Infrastruktur, Tenaga, Air & Pengangkutan Awam serta Pegawai-Pegawai Tertinggi Kementerian, Ketua -Ketua Jabatan & Agensi.
Dalam sambutan yang bertemakan, ‘Accelerating Change’ itu juga turut dilancarkan sebuah buku ‘Water for All’ dan YAB Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Tesis Air dan Anugerah Wadi Sumber Air Bawah Tanah kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan dalam pengurusan sumber air.
Dalam pada itu, YAB Perdana Menteri turut menyeru semua pihak berkepentingan agar memberi tumpuan dalam mengambil tindakan bersesuaian dan berterusan dengan memberi fokus yang bermatlamatkan kepada pengurusan sumber air negara secara lestari.
Untuk makluman, MB Inc. melalui anak syarikat milik penuhnya, Pengurusan Pasir Perak (3P) juga turut melestarikan sungai-sungai di negeri ini dengan inisiatif-inisiatif bersama-sama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pihak pengendali, dan juga universiti-universiti untuk memastikan usaha yang terbaik dapat dilakukan terhadap penyelenggaraan sungai.
Semoga semua pihak dapat berperanan sebagai agen perubahan khususnya dalam kelestarian sumber air yang pastinya sangat berharga buat kita semua.