Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun, Ipoh.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming; serta Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud serta Ketua- ketua Jabatan peringkat Persekutuan dan Negeri Perak.
Dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri menekankan peranan pasukan bomba dan penyelamat bukan sahaja menyelamatkan nyawa dan harta benda, malah juga dapat membantu memacu pembangunan negara. Pada masa sama, beliau turut mengumumkan naik taraf Balai Bomba dan Penyelemat Tambun dari Balai Kategori D ke Balai Kategori C.
Sekaligus, pengoperasian balai bomba ini telah menjadikan Perak sebagai negeri kedua di Malaysia yang mempunyai bilangan balai bomba terbanyak berjumlah 35 buah balai.
Untuk makluman, BBP Tambun telah mencatatkan impak yang sangat positif dalam penyampaian khidmat kebombaan dan penyelamatan yang sangat baik mengikut KPI (indeks prestasi utama) iaitu response time 8.6 minit berbanding respon time peringkat nasional ,purata 10 minit.
Pihak MB Inc. merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun di atas prestasi cemerlang mereka.