Menteri Besar Incorporated (Perak) menerima kunjungan hormat daripada Pahang Mining Corporation (PMC) yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (Pahang), Dato’ Nurul Huda bin Romli hari ini.
Turut bersama-sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Mining Corporation (PMC), Encik Hj. Ahmad Rizal bin Ali @ Jaafar; Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (Pahang), Puan Siti Nur Rafidah binti Saiman; Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari JMG (Pahang), Encik Ir. Tang @ Tan Hai Hong; serta Barisan Wakil daripada Jabatan Mineral dan Geosains (Pahang) dan Pejabat Tanah dan Galian (Pahang).
Sementara itu, kunjungan hormat delegasi PMC, JMG Pahang, dan PTG Pahang telah disambut oleh Pengurus Besar Kanan MB Inc., Encik KamarulAriffin bin Hj. Ayub; serta Barisan Pengurusan MB Inc.
Antara intipati perbincangan kunjungan hormat adalah terarah untuk memberi pendedahan kepada delegasi PTG Pahang dan PMC dari segi tadbir urus berkaitan dengan industri perlombongan di Negeri Perak, serta sedikit sebanyak berkongsi berkenaan potensi dan pembangunan sumber Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE).
Pada masa sama, delegasi turut berkesempatan melawat kapal korek Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5) yang merupakan tapak lombong yang telah direhabilitasi oleh MB Inc. dan kini menjadi sebuah lokasi pelancongan warisan yang bersejarah di Negeri Perak. Seusai lawatan, Ketua Delegasi iaitu Dato’ Nurul Huda turut merakamkan rasa bangga akan inisiatif-inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak MB Inc. dalam memulihara kapal korek biji timah yang terakhir ini.
Pihak MB Inc. turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kunjungan hormat delegasi PMC, JMG Pahang, dan PTG Pahang pada hari ini. Semoga perkongsian pengetahuan dan kepakaran dari semua pihak dapat memberi penuh manfaat kepada semua yang terlibat.