Sekitar program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Negeri Perak siri 2/2023 di Daerah Perak Tengah.
Program yang berlangsung di Dewan Arena Square Parit, Daerah Perak Tengah ini dihadiri oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Saarani Mohamad.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, serta barisan Ketua/ Pengarah Jabatan dan Agensi Kerajaan.
Turut hadir mewakili Menteri Besar Incorporated (Perak), Encik Anuar Zainal Abidin.
Dalam siri program turun padang ini, orang ramai khususnya penduduk di Daerah Perak Tengah ini dapat bertemu dan berkongsi permasalahan bersama pemimpin tempatan khususnya YAB Menteri Besar.
Program yang diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Perak ini adalah platform terbaik bagi rakyat Perak untuk menyuarakan pendapat dan menyelesaikan masalah-masalah berkenaan hal ehwal rakyat.
Tahniah Kerajaan Negeri Perak kerana menganjurkan program seumpama ini demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak.