Sekitar Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Tahun 2023 Siri 1 yang telah berlangsung di Dewan Indera Mulia, Ipoh, hari ini.
Program yang diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad ini terus dijalankan pada tahun ini untuk membantu rakyat dalam menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi mereka. Program ini juga akan dilakukan pada setiap hari Khamis, minggu kedua setiap bulan.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, serta barisan Ketua/ Pengarah Jabatan dan Agensi Kerajaan.
Turut hadir mewakili, Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin.
Selain itu, Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan ini sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada orang ramai khususnya rakyat negeri Perak untuk berjumpa sendiri dengan YAB Menteri Besar Perak.
Dalam pada itu, YAB Menteri Besar Perak turut bercadang untuk mengadakan program ini secara berselang seli di peringkat daerah bagi memudahkan penduduk di setiap daerah negeri ini.
Buat makluman, program ini telah bermula pada semalam (Rabu) dan terdapat sedikit perbezaan di mana Kerajaan Negeri telah selitkan beberapa program seperti Program Jualan Produk Usahawan Perak, di mana para pengunjung yang hadir dapat membeli hasil pertanian, barangan mentah segar, dan barangan makanan lain dengan harga yang murah.