Seramai 35 warga pendidik di sekolah-sekolah di Negeri Perak menerima Sijil Latihan Pendidikan Perubahan Iklim (Climate Change Education) di bawah Program Eco-Schools anjuran Green Growth Asia Foundation, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Menteri Besar Incorporated (Perak) , Malaysian Green Technology and Climate Change (MGTC) dan Language Works.
Program yang berlangsung selama 6 hari bermula 29 Januari 2023 itu dikendalikan oleh Encik Brian Cracknell, Jurulatih Master Class trainer dan Pengasas Language Works turut berkongsi pengetahuan berkaitan perubahan iklim yang akan dipratikkan dalam subjek yang diajar oleh guru-guru yang terlibat.
Ini juga menjadi platform terbaik kepada para guru untuk melontarkan idea dan pandangan untuk menyebarluas pendidikan perubahan iklim dalam kalangan guru-guru lain, murid sekolah malahan komuniti setempat.
Turut hadir dalam sesi penutupan dan penyerahan sjil ialah Encik Zulkafli bin Mohd Mokhtar, Timbalan Pengarah, Pembangunan Murid, JPN Perak; Cik Siti Kamesah Bee, Pengurus Besar Komunikasi Korporat Strategik MB Inc. Perak; Encik Balamurugan Ratha Krishnan, Ketua Eksekutif, Green Growth Asia Foundation.
Bengkel latihan ini adalah sebahagian daripada aktiviti program kelestarian alam sekitar, Eco-Schools Perak yang telah digerakkan oleh MB Inc. dengan kerjasama GGAF dan JPN Perak.
Tahniah diucapkan kepada guru-guru di seluruh sekolah di negeri Perak yang telah berjaya menamatkan latihan ini dengan jayanya.
Oleh demikian, pihak MB Inc. berhasrat agar latihan seumpama ini menjadi perintis kepada kejayaan gaya hidup hijau kepada generasi muda khususnya dan seluruh rakyat Perak secara amnya.