Pihak Menteri Besar Incorporated (Perak) telah mengadakan sesi perbincangan bersama dengan Korea Trade Investment Promotion Agency (KOTRA) dan Younchang Korea & Malaysia bagi tujuan cadangan Pembangunan Hutan Melintang International Fishery Industrial Park.
Objektif sesi perbincangan adalah untuk membincangkan potensi pelaburan yang dapat meningkatkan hasil ekonomi negeri sekaligus memajukan industri perikanan di negeri Perak.
Ini kerana, industri perikanan mempunyai perkembangan dinamik dan kompetitif, malah berpotensi untuk dimajukan.
Oleh itu, perbincangan ini secara langsung dapat mengeratkan lagi usahasama pelaburan strategik dari Negara Korea ke negara ini secara amnya dan khususnya negeri Perak.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah KOTRA, Mr.Kim Minkuen; Penolong Pengarah KOTRA Mr. Park JI ho; Pengerusi Younchang Enginnering & Construction Sdn. Bhd., Dato’ Sri Mohamad Amim bin A Wahab; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Operasi MB Inc. , Encik Nor Afzanizam Abd Manan bersama-sama dengan pengurusan kanan MB Inc.