Menteri Besar Incorporated (Perak) melalui pengurusan Amanjaya TT5 dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah telah menganjurkan Latihan Kebakaran & Simulasi Penyelamatan di Air di Kapal Korek Tanjung Tualang No 5 (TT5).
Sebanyak 42 warga kerja MB Inc. telah mengambil bahagian termasuklah Unit Pengurusan Tanah, Unit Keselamatan, Amanjaya Holding & Ventures (AHV), Amanjaya Natural Resources Sdn. Bhd. (ANR), Amanjaya Property Ventures (APV), Pengurusan Pasir Perak (3P), Amanjaya TT5 Sdn. Bhd. dan Amanjaya Global Sdn. Bhd. (AG).
Latihan kebakaran ini merupakan langkah persediaan awal atau latihan menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran di bangunan dan industri khususnya di tempat kerja.
Menerusi latihan yang dikendalikan tersebut, warga kerja MB Inc. telah didedahkan dengan kemahiran menggunakan peralatan keselamatan dengan betul, mengawal situasi kecemasan dengan baik dan memahami tugas dan tanggungjawab individu kepada jabatan, majikan dalam aspek keselamatan pencegahan kebakaran.
Selain itu, pihak Bomba juga telah mengadakan demonstrasi pemadaman api dan sesi demonstrasi penyelamatan di dalam air yang turut disertai oleh kesemua warga kerja.
Warga kerja MB Inc. juga telah diberi peluang dan pendedahan untuk turut mencuba,berlatih dan mendapat maklumbalas daripada pihak jurulatih Bomba mengenai kemahiran yang telah ditunjukkan.
Semoga latihan ini dapat memberi manfaat kepada semua warga kerja MB Inc. mempratikkan langkah pencegahan keselamatan dan terima kasih kepada pihak Bomba dan Penyelamat Batu Gajah terutama Ketua Balai, Encik Mohd Norshah bin Shahri serta pengendali program Pegawai Bomba Kanan 2, Encik Mohd Khamis Harun.