Lawatan kerja Syarikat Berkaitan Kerajaan China, China Rare Earth Group (CREG) ke Negeri Perak bertujuan membincangkan mengenai potensi pelaburan di negeri Perak.
Ini juga adalah sebagai salah satu sesi libat urus di antara Government-to-Government (G2G) antara agensi Kerajaan Negara China dan agensi di negeri ini.
Delegasi tersebut turut menunjukkan minat dalam perkongsian tenaga mahir dan kepakaran dalam bidang mineral.
Lawatan itu turut disertai oleh Pengarah JMG Negeri Perak, Dato' Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad; Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak, Dato' Mohamad Fariz Bin Mohamad Hanip serta Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (Perak) , Encik Anuar Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam Abd Manan.
Semoga lawatan ini membawa manfaat yang besar kepada kedua-dua pihak, JMG dan CREG dalam memacu kepada perkembangan positif dalam industri mineral di negeri ini.