Menteri Besar Incorporated (Perak) memberikan sumbangan basikal kepada warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seri Toh Johan Trong hari ini.
Sumbangan ini adalah kesinambungan teras CSR MB Inc. yang memfokuskan kepada bidang sosial yang telah dijalankan sebelum ini di sini.
Pemberian sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besar Komunikasi Korporat Strategik MB Inc., Cik Siti Kamesah Bee kepada penerima tersebut.
Sumbangan ini adalah bagi membantu anak istimewa ini untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik, di samping memudahkan pergerakan mereka ke sesuatu tempat.
Justeru, sumbangan ini selaras dengan komitmen MB Inc. untuk menyantuni pembangunan komuniti, sekaligus dapat memberikan impak yang positif kepada masyarakat.