Setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Hoki Malaysia #SkuadSpeedyTigers di atas kejayaan menjulang Piala Sultan Azlan Shah selepas menewaskan pasukan Korea Selatan 3-2, malam tadi.
Ini merupakan kali pertama Malaysia menjadi juara kejohanan ini sejak ia dilangsungkan pada 1983.
Majlis penyampaian medal dan Piala Hoki Sultan Azlan Shah telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.
Menteri Besar Incorporated (Perak) yang turut menjadi penaja pada kejohanan ini turut diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Anuar Zainal Abidin.
Edisi Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah ke-29 tahun 2022 ini menyaksikan 6 buah negara telah pun mengambil bahagian termasuk Korea Selatan, Pakistan, Jepun, Mesir dan Afrika Selatan.
Kami rakyat Malaysia berasa berbangga dengan semangat kerja berpasukan dan perjuangan tinggi serta aksi sepenuh jiwa yang telah dipamerkan pasukan di perlawanan akhir edisi ke-29 kejohanan berprestij ini.
Tahniah sekali lagi kepada skuad hoki negara di atas kejayaan mengharumkan negara. Tahniah Malaysia!