Sekitar Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 7 Tahun 2022 yang telah berlangsung di hadapan Sekolah Kebangsaan Dato’ Alaudin, Selinsing, hari ini.
Program yang diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad ini buat julung kalinya diadakan di luar daripada Daerah Kinta, dimana Kerajaan Negeri Perak berhasrat untuk memperluaskan program berkenaan di kalangan rakyat seluruh Negeri Perak.
Hadir sama, YB Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; serta barisan Ketua/ Pengarah Jabatan Negeri.
Turut hadir mewakili, Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin.
Dalam pada itu, program ini dilaksanakan khusus untuk rakyat menyuarakan pendapat, serta penyelesaian permasalahan secara terus kepada barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak dan barisan Ketua/ Pengarah Jabatan demi kesejahteraan semua pihak.
MB Inc. mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak dan semoga usaha baik ini diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan di Negeri Perak.