Program Kayuhan Basikal dan Senamrobik sempena Hari Sukan Negara anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan IPD Batu Gajah di Tanjung Tualang No 5 (TT5) disambut meriah dengan kehadiran 250 peserta terdiri daripada warga kerja IPK, ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan orang ramai.
Program dimulakan dengan program kayuhan sejauh 24 kilometer yang bermula di Balai Polis Simpang Pulai dan berakhir di TT5.
Selain itu, sambutan bersempena Hari Sukan Negara ini turut dimeriahkan dengan acara Senamrobik.
Program ini diadakan bersempena menyahut seruan Kerajaan dalam mewujudkan gaya hidup sihat selain menjalin hubungan dua hala antara pihak PDRM Perak dan Menteri Besar Incorporated (Perak).
Selain itu, warga kerja PDRM juga dapat mengambil peluang untuk melawat tapak kapal korek yang bersejarah dan melihat demostrasi mendulang.
Turut serta ialah YDH CP Dato' Mohd Yusri Bin Haji Hassan Basri, Ketua Polis Perak; YDH DCP Dato' Pahlawan Azizi Bin Mat Aris, Timbalan Ketua Polis Perak; YBhg. Datin Wanita Binti Wari, Pemangku Pengerusi PERKEP Perak; ACP Mohamad Roy Suhaimi Bin Sarif, Ketua Polis Daerah Batu Gajah; Supt. Tan Boon Hooi, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Gajah; Puan Kamaylia Binti Omar, Pengerusi PERKEP Batu Gajah, Semua Ketua Jabatan, Ketua Bahagian dan warga kerja IPK dan IPD serta warga kerja MB Inc.
Semoga jalinan erat antara warga kerja PDRM Perak dan warga kerja MB Inc. akan terus dipereratkan dan lebih banyak lagi program seumpama ini akan dapat dilaksanakan di masa depan.