Menteri Besar Incorporated (Perak) telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Simpang Ampat, Pulau Pinang.
Lawatan kerja ini merupakan satu platform perbincangan berkaitan hala tuju industri di samping meneroka potensi bersama pihak NCIA untuk memastikan perkembangan ekonomi di Negeri Perak.
Dalam pada itu, lawatan kerja tersebut turut membincangkan hal-hal berkaitan perkembangan sektor perlombongan, sektor pelancongan, sektor pembangunan infrastruktur perikanan dan tenaga boleh diperbaharui, dan juga CSR yang terajui oleh MB Inc.
Antara inti pati lawatan kerja tersebut adalah sesi pembentangan oleh barisan pengurusan NCIA yang diketuai oleh Pengurus Besar Pelaburan Pembuatan NCIA, Puan S. Asmazura Ismail; serta diikuti oleh Pakar Industri NCIA, Encik Zulkifly M. Ismail; dan Ketua Kluster Perkhidmatan NCIA, Encik Muhammad Zaki Mohd Saman.
Turut bersama-sama dalam lawatan kerja ini ialah Ketua Pegawai Operasi MB Inc. Perak, Encik Nor Afzanizam Abd Manan; Pengurus Besar Amanjaya Properties Ventures Sdn. Bhd, Encik Alex @ Chong Wai Kit; Ketua Sumber Manusia dan Pentadbiran MB Inc. Perak, Encik Rizam Abd Rani; Pengurus Amanjaya TT5 Sdn. Bhd, Encik Shaharin Zainon; serta barisan wakil kerja MB Inc.
Pihak MB Inc. berasa bertuah kerana dapat menjalinkan kerjasama baik dengan pihak NCIA.
Perbincangan dua hala ini secara langsung dapat membuahkan hasil dapatan holistik yang akan membawa kepada impak positif dalam mengekalkan pertumbuhan sektor perindustrian yang pesat di Negeri Perak.