Pengurusan Pasir Perak Sdn. Bhd (3P), anak syarikat milik penuh Menteri Besar Incorporated (Perak) (MB Inc.) telah terlibat dalam satu sesi libat urus dan bengkel dengan Majlis Perbandaran Manjung.
Dalam perbincangan itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi dan hala tuju pembangunan di sekitar daerah Manjung.
Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Encik Syamsul Hazeman bin Md Salleh manakala MB Inc. diwakili oleh Pengurus Besar Kanan MB Inc., Encik KamarulAriffin Hj Ayub dan Penolong Pengurus Besar 3P, Encik Anas Ady Yaacob.
Semoga kerjasama antara dua pihak ini akan dapat meningkatkan lagi usaha pembangunan dan memakmurkan daerah Manjung dan sekitarnya.
Sesi Libat Urus dan Bengkel Hala Tuju Pembangunan Tanah bersama Majlis Perbandaran Manjung