Menteri Besar Incorporated ( Perak) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Amanjaya Natural Resources Sdn. Bhd (ANR) telah menerima Sijil Penarafan Bintang Kemampanan Industri (Sustainable Development Indicators)(SDI) Perlombongan dan Pengkuarian tahun 2021 dalam satu majlis anjuran Unit Lombong dan Kuari Jabatan Mineral & Geosains (JMG) Perak di Hotel Casuarina Meru.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia , Tuan Haji Hisamuddin bin Termidi.
Turut hadir ialah Pengarah JMG Perak, Dato’ Ir. Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil.
Untuk makluman, sebanyak 20 buah lombong dan 25 buah kuari telah terlibat dalam pengauditan SDI 2021.
Selain itu, Tuan Haji Hisamuddin turut meluangkan masa berkunjung ke ruang pameran MB Inc. dan turut diberikan penerangan berkaitan perlombongan bertanggungjawab.
Dalam pada itu, MB Inc. juga ingin mengucapkan Tahniah kepada semua syarikat dan operator yang telah berjaya menerima sijil penarafan daripada JMG ini.