Satu bengkel telah dianjurkan Pejabat Daerah & Tanah Bagan Datuk bersama GLC, pemimpin- pemimpin tempatan dan pemain-pemain industri yang membincangkan berkaitan Potensi Pembangunan Tanah Di Daerah Bagan Datuk termasuk halatuju pembangunan tanah MB Inc. di Mukim Hutan Melintang.
Antara perkara lain yang turut diketengahkan ialah perancangan pembinaan Fishery Industrial Park daripada syarikat Korea Selatan serta Cadangan Pembangunan Bandar Baru Bagan Datuk.
Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan & Pembangunan Koridor Negeri Perak merangkap ADUN Rungkup, YB Dato’ Shahrul Zaman Yahya ; wakil Pejabat Ahli Parlimen Bagan Datuk, ADUN Hutan Melintang, Dato’ Khairuddin Tarmizi dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Tuan Mohamad Ghopran bin Yeop Hamzah.
Turut bersama-sama dalam program libat urus ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli Abdullah, pegawai- pegawai daripada Pejabat Daerah dan MB Inc.
Semoga sesi libat urus ini dapat membawa kepada manfaat dan kemakmuran kepada Daerah Bagan Datuk dengan hasil kerjasama agensi-agensi di negeri Perak.