Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak siri ke -6 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia membariskan kaunter YAB Menteri Besar Perak, barisan Ex-Officio, seluruh barisan EXCO Kerajaan Negeri Perak dan Ketua - Ketua Jabatan dan Agensi
turut disertai Menteri Besar Incorporated (Perak).
MB Inc. Perak yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Anuar Zainal Abidin juga menyantuni pelanggan yang mengemukakan pelbagai perkara berkaitan bidang tugas MB Inc.
Program yang diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato ‘ Seri Saarani Mohamad ini menjadi salah satu platform terbaik bertemu dan menyelesaikan permasalahan dan aduan rakyat serta penambaikan secara terus kepada Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di negeri ini.
Semoga usaha baik ini diteruskan demi kesejahteraan dan pembangunan negeri Perak dan rakyatnya.