Menteri Besar Incorporated (Perak) turut bersama-sama pada Majlis Perasmian ZOORAMA 2022 dan Majlis Perasmian Sambutan Hari Perbandaran Yang Ke-43 Majlis Perbandaran Taiping di Pavillion Zoo Taiping Night Safari.
Turut menyempurnakan majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, YB Ahmad Saidi Mohamad Daud.
Zoorama merupakan acara tahunan Zoo Taiping & Night Safari dan juga merupakan salah satu inisiatif ZTNS dalam mempromosikan kepelbagaian flora dan fauna kepada orang awam selain menganjurkan pelbagai aktiviti menarik semasa cuti sekolah.
Dalam pada itu, MB Inc. juga telah melaksanakan CSR dengan menyumbangkan 7 buah televisyen kepada Zoo Taiping dalam menyebarluas informasi dan dokumentari mengenai haiwan, program alam sekitar, produk pelancongan di Taiping khususnya dan Negeri Perak amnya serta destinasi lain di Malaysia.
Turut hadir program tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir serta Ketua Pegawai Operasi MB Inc. , Encik Nor Afzanizam Abd. Manan.