Tahniah Amanjaya Global Sdn.Bhd., anak syarikat milik penuh, Menteri Besar Incorporated (Perak) (MB Inc.) kerana telah dipilih untuk menerima pengiktirafan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) bagi Anugerah Komitmen Cemerlang Pematuhan.
Amanjaya Global Sdn. Bhd. satu-satunya syarikat dan organisasi daripada Semenanjung Malaysia yang dipilih bagi kategori kelas lesen Mineral daripada lebih 1,300 syarikat dan agensi kerajaan yang berlesen dengan LPTA dari seluruh negara.
Pemenang dinilai berdasarkan beberapa kriteria seperti pengurusan keselamatan sinaran yang cemerlang, program pemantauan radiologi yang efisien dan pematuhan keperluan perundangan.
Sijil penghargaan disampaikan oleh Ketua Pengarah LPTA, YBrs. Ts. Tuan Haji Hasmadi Hassan kepada En. Abdul Rahman Khalid, Orang Bertanggungjawab Terhadap Lesen (OBTL) bersempena Hari Bersama Pelanggan @ Simposium LPTA, pada 18/8/2022, Khamis, bertempat di Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Dengkil, Selangor.
Tahniah sekali lagi Amanjaya Global diatas pengiktirafan ini. Semoga terus melakar kecemerlangan dan terus komited!