Sekitar Program Penghijauan Malaysia: YAB Menteri Besar Bersama Pelajar Negeri Perak yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.
Program ini merupakan kesinambungan menyahut komitmen penanaman 10 juta pokok dalam tempoh lima tahun sehingga tahun 2025.
Agenda penghijauan ini bermatlamat untuk mengekalkan kawasan hijau di seluruh negara selain memelihara serta memulihara kawasan berhutan dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pokok dan kawasan hutan.
Turut hadir ialah YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, YB Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak dan YBhg. Dato’ Mohamed Zin bin Yusop, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
Dalam program itu juga, Menteri Besar Incorporated (Perak) yang diwakili Encik Anuar Zainal Abidin turut tidak ketinggalan menanam pokok-pokok dalam program tersebut.
Tahniah kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak diatas usaha agenda penghijauan termasuklah di sekolah-sekolah sekaligus dapat memupuk generasi masa depan yang mencintai alam sekitar.
Dalam pada itu, MB Inc. juga telah menggerakan Program Kekal Hijau- Kempen Penanaman Pokok dalam menghijaukan bumi Perak dengan penanaman 75, 000 pokok bermula November 2020 dan berterusan sehingga kini dalam usaha melestarikan negeri Perak.