Bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 , Menteri Besar Incorporated (Perak) (MB Inc.) menyokong inisiatif pembangunan ekonomi negeri menerusi pertanian, holtikultur dan agropelancongan samaada melalui produk-produk dan juga usahawan di negeri Perak.
Ini selari dengan Titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang menitahkan semoga lebih banyak badan berkanun, GLC dan pihak swasta, tampil ke hadapan menghulurkan sumbangan dan bantuan untuk membiayai projek-projek menghasilkan makanan.
Untuk itu, MB Inc. yang diwakili oleh Pengurus Besar Komunikasi Strategik Korporat, Cik Siti Kamesah Bee telah menerima plak penghargaan daripada YB Tuan Haji Razman bin Haji Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak atas sumbangan tajaan bagi Pavillion Negeri Perak.
Terdahulu, YB Tuan Haji Razman bin Haji Zakaria telah merasmikan Kick-Start Perak @ MAHA yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak , YB Dato’ Zainol Fadzi Paharudin dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Puan Halizah Sipun.
Pavilion Negeri Perak ini dibuka kepada orang ramai bersempena MAHA 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang bermula 4 Ogos 2022 hingga 14 Ogos 2022.
Moh ke Pavillion Perak!