Sekitar Kunjungan Hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, TYT Vanu Gopala Menon ke Negeri Perak dan Setiausaha Kanan Kedutaan Singapura di Malaysia, En. Bhargav Sriganesh.
Delagasi tersebut disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Dato’ Redza Rafiq Abdul Razak; Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (Perak) (MB Inc.) , Encik Anuar Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perak Corp., Encik Zainal Iskandar bin Ismail di Hotel Casuariana @ Meru.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan baik antara Singapura dan Malaysia, dan negeri Perak khususnya.
Dalam kunjungan itu, delegasi Singapura turut berbincang dan bertukar pandangan bersama dengan GLC dan syarikat swasta di negeri ini berkaitan peluang pelaburan, pembangunan industri mineral dan hal ehwal ekonomi global.
Terima Kasih atas kesudian kunjungan hormat ini dan semoga jalinan baik akan terus diperkukuh dan lebih banyak potensi usahasama dapat diteroka.