Warga Kerja Menteri Besar Incorporated (Perak) tidak ketinggalan untuk turut serta bersama-sama mengimarahkan Majlis Kuliah Agama YAB Menteri Besar Perak Bersama GLC Perak yang berlangsung di Laman Seri Ridzuan.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad dan turut disertai oleh Ketua Pegawai Operasi MB Inc. , Encik Nor Afzanizam Abd Manan ; Pengurus Besar Kanan MB Inc., Encik Kamarulariffin bin Ayub dan Ketua - Ketua Jabatan lain.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan disusuli dengan solat maghrib dan kemudiannya diteruskan dengan kuliah agama berjudul ‘Perpaduan dan Persaudaraan’ disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negeri SF Haji Abdul Farid Bin Haji Salleh.
Majlis yang dihadiri lebih 300 hadirin ini bukan sahaja dapat menambah kefahaman ilmu dan malah mengeratkan ukhwah antara Kerajaan Negeri dan GLC.