Menteri Besar Incorporated (Perak) tidak ketinggalan untuk turut serta dalam Program Pelan Tindakan Bandar Hijau (GACP) Kick-Off: Building Back Better di bawah kerjasama Subserantau IMT-GT dan BIMP-EAGA anjuran Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) dengan kerjasama Asian Development Bank.
Objektif program yang berlangsung selama dua hari di Aloft, Langkawi itu turut menghimpunkan panel-panel berkaitan bertujuan untuk perkongsian pelan-pelan dan implementasi bagi Pelan Tindakan Bandar Hijau (GACP) di 14 buah bandar dalam Malaysia.
Selain itu, turut berlangsung soft launching -The Race Towards 1000 Eco-Schools oleh Green Growth Asia Foundation (GGAF) yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mensasarkan 1,000 Eco-Schools di Malaysia menjelang 2025.
Dalam pada itu, MB Inc. juga berasa bertuah kerana merupakan GLC pertama yang menjadi peneraju dan penggerak program kelestarian berasaskan projek -Eco-schools di sekolah-sekolah di negeri Perak bersama-sama dengan GGAF yang menerima kerjasama baik Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dalam permerkasaan program ini.
Oleh demikian, MB Inc. yang diwakili oleh Pengurus Besar Komunikasi Korporat Strategik, Cik Siti Kamesah Bee turut menerima plaque penghargaan- Eco-Schools- Project Champions daripada Datuk Seri Mustapa Mohamed diatas penglibatan dan dedikasi terhadap Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari yang mencakupi kesejahteraan terarah merealisasikan ‘ Sustainable Development Goals’ (SDG) amnya.
MB Inc. turut menerima plaque diatas 100,000 penyertaan bagi kempen larian maya anjuran Eco-Schools Perak yang melibatkan pelajar-pelajar dan sekolah-sekolah dalam usaha untuk mendidik dan mengenali program Eco-Schools di negeri ini.
Turut hadir dalam program itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, YB Dato’ Nolee Ashilin binti Dato’ Mohamed Radzi ; Duta Besar Kesatuan Eropah ke Malaysia, TYT Michalis Rokas ; Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak, Puan Halizah Sipun; Tuan Setiausaha Bandaraya Ipoh, Tuan Ahmad Munir bin Ishak ; Pengarah JPN Perak, Tuan Aznan Haji Alias dan Pengarah Eksekutif GGAF, Dr. Mahadi Mohamad.
Sekali lagi, MB Inc. turut mengambil peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada GGAF dan JPN Perak kerana telah berjaya merealisasikan program kelestarian – Eco-Schools yang memberi manfaat kepada sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar seterusnya membentuk generasi yang cintakan alam sekitar.