Lawatan Kerja Rasmi Duta-Duta Negara Amerika Latin dan Carribbean (GRULAC) ke Negeri Perak mampu mempertingkatkan peluang-peluang pelaburan dan hubungan dagangan, kebudayaan dan pelancongan.
Kehadiran Duta-duta tersebut disambut oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Dato’ Shahrul Zaman Bin Yahya.
Delegasi tersebut telah diketuai oleh Duta Besar Argentina ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Manuel Balaguer Salas dan turut melibatkan empat negara lain iaitu Brazil, Chile, Cuba dan Peru.
Turut hadir ialah Ketua- ketua Jabatan serta Pengerusi Federation of Malaysian Manufactures (FMM) Perak , Mr. Chua Kay Lin serta wakil-wakil syarikat berkepentingan.
Dalam siri kunjungan itu, turut diadakan sesi Trade Fair, Business and Investor Summit di Royal Perak Golf Club yang memberi peluang mempromosikan peluang pelaburan khususnya dari sudut ekonomi, perlombongan, pengilangan serta pelancongan.
Turut tidak ketinggalan, Menteri Besar Incorporated
(Perak) turut mengambil menjadi pempamer dengan mengetengahkan peluang pelaburan dalam industri mineral, pembangunan aset serta pembangunan sumber inovatif, yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin.
Dalam pada itu, turut diadakan perbincangan berkaitan dengan kerjasama perlombongan dengan Duta Brazil dan Chille.
Semoga hubungan baik dua hala ini menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri sekaligus menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara.