Menteri Besar Incorporated (Perak) menerusi anak syarikatnya, Pengurusan Pasir Perak Sdn. Bhd (3P) turut serta menjadi pempamer dalam Persidangan Pengurus Kanan dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ke-30 yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 14 hingga 16 Jun 2022 di Ipoh, Perak.
Turut menyempurnakan perasmian persidangan itu ialah YB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA).
Turut serta Timbalan Ketua Setiausaha KASA, YBrs. Dr. Ching Thoo A/L Kim dan Ketua Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran , Dato’ Ir. Dr.Md Nasir bin Md.Noh.
Persidangan yang bertemakan “Memperkasakan Perkhidmatan Kejuruteraan Dalam Pengurangan Risiko Bencana Berkaitan Air” ini menjadi platform kepada agensi berkaitan termasuk 3P untuk berkongsi dan bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dalam usaha meningkatkan pengurusan tatacara pengendalian secara berkualiti dan produktiviti.
Sementara itu, YB Dato’ Sri turut meluangkan masa melawat ke booth pameran 3P dan turut diberikan penerangan berkaitan pengurusan pasir yang juga model pengurusan terbaik pasir dengan pengunaan sistem operasi kuari lebih cekap dan lestari, e-docket.
Semoga perkongsian dan sesi libat urus ini dapat memberi manfaat kepada semua agensi agar usaha menjadikan Malaysia Lestari 2030 dapat terlaksana.