Sekitar Program Kembara Muhibbah dan Pemerkasaan Modal Insan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah menunggang secara konvoi ke Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5).
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif; Pengurus Besar Komunikasi Korporat Strategik MB Inc. Perak, Cik Siti Kamesah Bee; serta barisan anggota IPD Batu Gajah.
Program anjuran IPD Batu Gajah yang bermula sejak 8 Jun lalu itu merupakan salah satu pengisian program bagi menjalinkan hubungan yang lebih erat di antara IPD Batu Gajah dengan anak syarikat MB Inc. Perak, Amanjaya TT5 Sdn. Bhd.
Dalam pada itu, pihak IPD Batu Gajah juga turut membuat lawatan kerja ke lokasi tumpuan pelancongan, TT5, bagi penambahbaikan kawalan Polis Pelancong, justeru dapat menjamin kawalan keselamatan berada pada tahap yang terbaik demi kepentingan masyarakat dan Negeri Perak.
Pihak Menteri Besar Incorporated Perak ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada pihak IPD Batu Gajah kerana telah berjaya melaksanakan program ini dan memilih TT5 sebagai salah satu lokasi lawatan.