Sekitar Majlis Pecah Tanah Pusat Rehabilitasi Neuro- Robotik & Cybernics Kebangsaan PERKESO Perak yang bakal menjadi kompleks kesihatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang terbesar bukan sahaja di negara ini malah di rantau Asia Tenggara.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri M. Saravanan; Menteri Besar Perak , YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad ; Pengerusi Perkeso, Ybhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Hj. Mohamed Haniffa Bin Hj. Abdullah; Ketua Eksekutif Perkeso, Ybhg. Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed , barisan pengurusan tertinggi Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan.
Untuk makluman, projek fasa pertama dijangka akan siap pada hujung 2024.
Tahniah kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Perkeso dalam usaha menyediakan perkhidmatan rehabilitasi dan pemulihan yang lebih berkualiti kepada golongan pekerja selain membantu memperluas perkhidmatan kepada orang awam khususnya di bahagian sentral dan utara.
Selain itu, pembinaan kompleks kesihatan yang serba canggih berkonsepkan teknologi robotik serta ikonik ini bukan sahaja akan membuka peluang pekerjaan baharu kepada rakyat di negeri malah secara langsung meningkatkan kesejahteraan rakyat Perak secara amnya.