Sekitar Bengkel Penyediaan Garis Panduan Lesen Pemindahan Bahan Mineral (LPBM) dan Permit Khas Mineral berhubung keperluan teknikal di dalam Aktiviti -Aktiviti Pengeluaran dan Pemindahan Bahan Mineral dan Bahan Batu yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Damansara.
Tujuan utama bengkel ini adalah sebagai perkongsian ilmu, ulasan dan pandangan bagi instrumen penilaian dalam membangunkan garis panduan bagi pengeluaran dan pemindahan bahan mineral dan bahan batu di negeri Perak yang melibatkan Lesen Pemindahan Bahan Mineral dan Permit Khas Mineral.
Turut hadir ialah Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, YBhg. Dato' Mohamad Fariz Bin Mohamad Hanip;Pengurus Besar Kanan Menteri Besar Incorporated (Perak) , Encik Kamarul Ariffin Ayub; Pengurus Besar Pengurusan Pasir Perak Sdn.Bhd, Penolong Pengurus Besar, En Anas Ady Bin Yaacob dan Pengurus Besar Amanjaya Natural Resources Sdn.Bhd., Encik Ridzuan Marsidi dan Konsultan pensyarah UTAR, Dr. Kwan Wan Hoe.
Bengkel ini merupakan satu platform bersama antara agensi-antara dan jabatan-jabatan yang terlibat untuk mendapatkan maklumat serta meningkatkan pemahaman dalam memproses kelulusan Lesen Pemidahan Bahan Mineral dan Permit Khas Mineral.
Semoga perkongsian dan percambahan ilmu ini akan menjadi titik tolak kepada kebersamaan dalam usaha memacu pembangunan mineral mapan dan maju di negara ini.