Sekitar lawatan kerja Eco-schools bersama Menteri Besar Incorporated (Perak), Green Growth Asia Foundation (GGAF) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak di Sekolah Kebangsaan RPS Pos Kemar, Hulu Perak.
Turut hadir, Pengurus Besar Komunikasi Korporat Strategik MB Inc. Perak, Cik Siti Kamesah Bee; Pengarah Program Green Growth Asia Foundation (GGAF), Encik Sri Themudu; serta Penolong Pengarah HEM Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Puan Aini Saadah Mohd Saod.
Program Eco-schools adalah inisiatif daripada MB Inc. dengan jalinan kerjasama GGAF dan JPN bagi memastikan matlamat mendidik dan memupuk kesedaran pelajar dalam melestarikan alam sekitar dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Dalam pada itu, perbincangan bersama guru-guru yang diketuai oleh Pengetua, Puan Shazana Aman tersebut merangkumi beberapa perkara, iaitu untuk menobatkan SK RPS Pos Kemar sebagai salah satu sekolah dan kriteria dengan melibatkan pelajar-pelajar RPS Pos Kemar yang terdiri dari 100% pelajar orang asli dalam projek Eco -schools. Justeru, ini juga dapat merealisasikan Green-flag yang diiktiraf oleh Unesco pada bulan September yang akan datang.
Bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar memerlukan tindakan secara kolektif, bukan sahaja sesama pelajar, malah sesama komuniti bagi memastikan kestabilan ekosistem sentiasa terpelihara.
Pihak MBI Inc., ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan berharap agar dengan penglibatan secara kolektif ini, mampu menyuntik kesedaran awal akan kepentingan kelestarian alam sekitar.