Raikan Aidilfitri..
Menteri Besar Incorporated (Perak) berkesempatan untuk bersama-sama menyantuni penduduk di sekitar Trong dalam Majlis Sambutan Hari Raya peringkat DUN Trong di Padang Sungai Kerang.
Sambutan majlis tersebut merupakan kerjasama dan sumbangan antara Pusat Khidmat Adun Trong, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Mukim Sungai Tinggi dan MB Inc.
Kira-kira 2,000 penduduk memeriahkan sambutan itu dengan pelbagai juadah raya antaranya lemang, sate, cucur udang, nasi minyak serta gerai apam balik dan bermacam lagi.
Pihak MB Inc. berbesar hati kerana dapat turut serta meraikan sambutan Aidilfitri bersama penduduk Trong dan berterima kasih kepada ADUN Trong, YB Cikgu Milah Adun Trong dan semua yang terlibat menjayakan sambutan Aidilfitri ini.