Sekolah Kebangsaan (SK) Marian Convent hari ini menerima manfaat daripada program CSR
Menteri Besar Incorporated (Perak) dengan menerima tiga buah televisyen pintar untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkenaan.
Hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan berkenaan ialah Pengurus Besar Amanjaya Properties Venture, Mr. Alex kepada Guru Besar SK Marian Convent, Puan Hindon binti Wahid.
Sumbangan ini adalah salah satu inisiatif teras CSR MB Inc. yang memfokuskan kepada bidang pendidikan selain alam sekitar dan sosial.
Ini secara langsung menggalakan guru-guru menjalankan pembelajaran secara interaktif dengan menggunakan teknologi terkini. Ini kerana mendapatkan pendidikan yang berkualiti adalah asas untuk mewujudkan pembangunan lestari selain meningkatkan kualiti pendidikan melalui pelbagai pendekatan.
Diharap dengan sumbangan ini, pihak sekolah dan pelajar khususnya dapat memanfaatkan dengan baik dan menjadi pendorong kepada peningkatan kejayaan cemerlang di sekolah tersebut.