Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2022.
Turut berkenan berangkat DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Shah.
Selain itu, turut hadir YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad, Ketua-ketua Jabatan / agensi Kerajaan Negeri. Tidak ketinggalan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (Perak), Encik Anuar Zainal Abidin.
Sambutan yang diadakan pada 3 Mei 2022 (Selasa) bersamaan 2 Syawal 1443H ini berlangsung di Pekarangan Stadium Indera Mulia disambut meriah dan dihadiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Lebih 5,000 rakyat seluruh negeri Perak turut memeriahkan sambutan ini.
Junjung kasih DYMM Tuanku dan seluruh kerabat Diraja kerana berkenan menyambut majlis ini bersama rakyat jelata.
Semoga jalinan keharmonian ini menjadi pengukuh kepada kasih sayang dan saling hormat di antara seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.