Kelab rekreasi warga kerja Menteri Besar Incorporated (MB Inc. Perak ), Cresters meneruskan tradisi memasak bubur lambuk secara gotong-royong untuk diedarkan kepada orang ramai pada setiap kali tiba bulan ramadan.
Lebih istimewa lagi, menu nasi arab juga turut disediakan pada kali ini.
Penganjuran Gotong-Royong Bubur Lambuk dan Nasi Arab Endemik C-19 ini telah disertai oleh ahli Cresters seawal 8.30 pagi bermula proses penyediaan sehinggalah membungkusnya.
Program ini bukan sahaja menyaksikan keberadaan warga kerja MB Inc. kepada masyarakat setempat bahkan ia juga memupuk sifat bersedekah. Hal ini kerana Allah SWT mengangkat darjat orang yang bersedekah lebih-lebih lagi dalam bulan ramadan.
Selain diedarkan bubur lambuk dan nasi arab kepada seluruh agensi dan warga kerja di bangunan Perak Techno Trade Centre, MB Inc. turut berkongsi rezeki dengan pihak masjid dan komuniti setempat.
Semoga jalinan kesepakatan warga kerja Cresters terus utuh dan program seumpama ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga besar MB Inc.