Dalam meraikan bulan ramadan, Amanjaya Natural Resources Sdn. Bhd (ANR) , anak syarikat MB Inc. telah menganjurkan Majlis Iftar di Hotel Casuarina Meru.
Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Datoβ Mohamed Zin Yusof ; Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Datoβ Ir. Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil serta Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin, pengurusan kanan jabatan & agensi dan seluruh warga kerja ANR.
Terdahulu, kesemua jemputan turut mengunjungi ke tapak urban farming yang terletak di tingkat atas hotel berkenaan yang menjadi salah satu inisiatif MB Inc. bersama dengan Perak Corporation Berhad dalam usaha melestarikan alam sekitar- ππ³π¦π¦π― πͺπ―πͺπ΅πͺπ’π΅πͺπ·π¦ seterusnya dapat menjamin bekalan makanan sihat kepada komuniti setempat.
Diharap jalinan kerjasama dan silaturahim yang terjalin sesama agensi dan jabatan ini akan terus utuh dan dipererat di masa akan datang.