Kelab rekreasi warga kerja Menteri Besar Incorporated (MB Inc. Perak), Cresters telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama dengan seluruh warga kerja MB Inc. termasuklah yang turut diraikan warga kerja yang berada di tapak operasi di seluruh negeri bersama-sama ahli keluarga di Hotel Casuarina Meru.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin ; Ketua Pegawai Operasi MB Inc. , Encik Nor Afzanizam Abd. Manan; Pengurus Besar Kanan MB Inc., Encik KamarulAriffin Ayub bersama pihak pengurusan tertinggi MB Inc. dan anak-anak syarikat.
Majlis berbuka puasa yang diadakan secara tahunan ini dilaksanakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang terjalin sesama warga kerja.
Dalam pada itu, satu taklimat daripada pihak pengurusan telah diadakan sebelum iftar untuk memaklum status pencapaian tahun 2022 selain pesanan-pesanan daripada pihak pengurusan
Turut diadakan perkongsian rezeki dengan pemberian duit raya kepada anak-anak warga kerja MB Inc.
Semoga jalinan ukhwah sesama keluarga besar MB Inc. terus dipererat dan dikukuhkan dan seterusnya bersama-sama terus maju dan menjadi sebuah GLC yang terus berjaya di negeri Perak.