Sekitar Program Kuliah Agama Bersama YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Siri 5 di Laman Seri Ridzuan.
Turut mengimarahkan majlis kerohanian itu ialah Pengurus Besar Kanan Menteri Besar Incorporated (MB Inc.) , Encik Kamarulariffin bin Hj. Ayub selain ketua-ketua jabatan di negeri ini.
Dalam majlis itu turut diselitkan program bacaan yasin dan tahlil. Selain itu, ceramah kuliah agama bertajuk 'Ramadan Terbaik Buat Ku' turut disampaikan oleh penceramah jemputan , Ustaz Dr. Mohd Shafiq Sahimi, Pensyarah Universiti Sultan Azlan Shah
Dikesempatan itu juga, YAB Menteri Besar turut menyantuni pelajar-pelajar Maahad tahfiz yang turut bersama-sama dalam program tersebut.
Semoga semua yang hadir sedikit sebanyak mendapat manfaat dan ilmu pengetahuan dalam majlis tersebut.