Sekitar sesi perbincangan bersama delegasi Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hareyani Bt. Zabidi, Pengerusi bagi Program Kejuruteraan Sumber Mineral USM dan barisan pakar-pakar bidang mineral dari USM ke atas Menteri Besar Incorporated (Perak).
Turut serta dalam perbincangan itu ialah Pengurus Besar Kanan MB Inc., Encik Kamarul Ariffin bin Ayub dan barisan pengurusan kanan MB Inc.
Perbincangan dua hala antara pakar-pakar mineral dari universiti dan MB Inc. ini juga turut meliputi kaedah perlombongan mampan, pemeliharaan alam sekitar, teknologi terkini dan jalinan kolaborasi dengan IPTA bagi membuka peluang kepada saintis menjalankan penyelidikan berkaitan mineral.
MB Inc. juga menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersempena isitiadat Perasmian Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat , Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Keempat Belas yang menitahkan Menteri Besar Incorporated telah mengorak langkah meneroka ruang menjalinkan kerjasama dengan saintis dan pakar untuk menjalankan penyelidikan ke atas mineral ini.
MB Inc. turut mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama bersama pakar-pakar, saintis serta ahli akademik sebagai satu usaha untuk mensinergikan peranan setiap entiti bagi mencapai matlamat yang inklusif, berimpak dan mapan dalam industri mineral dan batuan di negara ini dan di Perak secara khususnya.