Menteri Besar Incorporated (Perak) menyantuni Masjid Ahmadiah Kampung Kepayang dengan memberikan sumbangan untuk tujuan pembinaan laluan bersimen masuk ke ruang masjid.
Sumbangan itu diserahkan oleh wakil MB Inc. kepada Pengerusi Masjid, Haji Ahmad Raduan bin Haji Yacob.
Masjid Ahmadiah Kampung Kepayang ini turut terkenal kerana mempunyai Mimbar berusia lebih 100 tahun.
Diharap sumbangan ini terus dapat memberi manfaat kepada kariah dan penduduk sekitarnya.
MB Inc. beri sumbangan kepada Masjid Ahmadiah Kampung Kepayang